Tuesday, May 11, 2010

tak jumpa ke tak tau?

pada suatu ari(bende ni dah lame berlaku dah)..aku dan juga beberape sahabatku ke suatu shopping complex ni.
yela buat apa lagi tgk movie ngan berlepak la. aku serta sahabat-sahabat ku pun mula menapak beberape langkah moving forward..mula-mula aku tak mau pergi shopping complex situ..ya ler aku nak pergi shopping complex yang dekat dan yang agak dah biase la..tapi disebabkan sahabat-sahabat aku ini tersangatlah haprak..komplot tak nak turun bas..terpaksalah aku mengikut jua..mula-mula nak beli tiket. tapi..

aku: wei ***, mane wayang nye? nak beli tiket kat mane?

***: jap aku tak ingat la( sambil berfikir)

aku:ko biar betul takkan itu pun tak ingat?
(aku memang la tak tau sebab dah lama tak datang sini)

***:kita jalan-jalan dulu klu jumpe kite beli la

aku: nak tengok wayang pun tak tentu arah idop..

sahabat-sahabat aku memang muka mengkarung serta biawak yang memang-memang tak dapat dinafikan


selepas beberapa detik dan ketika...

akhirnya! at last! jumpe jugak. setelah kite orang sume merayau cam orang gila tertenang-tenang setiap inci kedai tuk mencari GSC

aku dan juga kawan-kawan aku(tak yah la sebut sahabat)
pi la beli tiket. then kite orang ni pergi la menjamu selera kat food court

lepas habis sume episod lepak kita orang..
haa..apalagi nak balik umah la..

tiba-tiba sahabat aku yg sorang lagi berkata

+++: weh naik bas rapid 88 la..

jap!jap! ape kehal la nak naik bas lain plak ni.. naik la bas metro.. kan senang.

aku: nak tunggu bas tu kat mane?

+++: erm aku tak ingat la. tapi! ari tu aku tunggu bas tu kat belakang(muke sewel)

aku:belakang tu kat mane?

+++:ala... kita jalan-jalan sampai jumpe..

aku pun mengiyakan saje cadangan beliau itu..
dan kite orang pun terjumpe la tempat yang dimaksudkan itu.(aku tak tau la kenape aku ikut je idea kawan aku yang tak berape bernas tu pada fikiran aku la.. maybe sebab time tu hujan and aku kesejukan)

tunggu punye tunggu bas yang dimaksudkan tu selama sejam..tiadalah gerangan bas itu muncul-muncul

aku dan sahabat-sahabat aku yang lain dah mengelisah macam cacing panas(walaupun hujan ketika itu)

aku pun mula menyuarakan idea yang aku fikir terlalu bernas

aku: jom la tunggu kat tempat biase

+++:kejap la.. bas tu tak sampai lagi tuu..

aku: ko bia la betul.. entah-entah bas tu tak wujud agaknye.(nada tak puas hati dan yakin)

+++:ade. ari tu aku naik ngan kakak aku. betul.

*** pulak bersuara

***: tunggu la kejap..tengah rebas lagi ni..

aku dan kawan aku terdiam 'rebas?' aku tak pernah dengar pun ayat tu..aku pun terbatak la sekejap dengan kosakata yang baru aku dengari itu..

tapi kejap je la tak nak la nampak bodoh sangat..aku punya kesabaran tuk menunggu pun dah tamat tempoh lalu aku pun memaksa la mereka-mereka itu itu ikut cadangan aku..
hampeh la korang ni nak cari bas 88 pun tak lepas.

dalam sekelip mate bas yang menjadi pengangkutan setia aku iaitu metro 98 pun sampai..mereka-mereka semua terpaksa akur dengan kebersanan idea aku pada hari itu

sekian wassalam

No comments:

Post a Comment