cerita 1
"Ayah tau tak nama ayah dalam ic along ngan angah salah" demikianlah kata-kata aku kepada ayah aku. Ceh, dah 18 tahun hidup baru aku sedar bahawasanya nama ayah aku salah dalam surat beranak serta ic.
Ayah aku yang sedang landing terkejut seraya berkata "macam mane boleh salah?"
eh, manelah aku tau bukan aku yang menguruskan segala jadah itu. ayah aku seperti biasa mahu aku menunjukkan bukti. lalu aku pun tunjukkan la ic aku dan juga anak-anak beliau yang sudah ber-ic.
"itu la die orang kerajaan!"
"itu la die orang kerajaan!!"
"itu la die orang kerajaan!!!"
aku tak mengerti dan tak paham kenapa ayah aku ulang sampai 3 kali serta manaikkan tone serta pitching beliau
ayah aku seterusnya membebel serta mumble dan aku takmo amik port langsung-langsung.
untuk membetulkan jadah haram itu amat-amatlah leceh dan menyusahkan. jadi keputusannya aku fikir 'lantak lah situ'
cerita 2
tadi aku agak frust menongeng-nongang. bukan sebab cinta dan ia tak mungkin berlaku. kalau berlaku itu bermakna itu bukan aku kerana alien dah take over jasad aku. ok, back to the point
aku frustated sebab malaysia asyik kalah dengan denmark 2 tournament berturut-turut.
eventho, aku bukan seorang peminat fanatik badminton dan tak amik tahu langsung-langsung pasal sport itu. tapi yela kan bile dah tengok tu semangat kesukanan itu tiba-tiba merasuk jiwa serta minda aku.
bila markah atau point atau score atau ape-ape la yang dipanggil aku akan menjerit keriangan macam orang histeria serta hilang akal.
tapi bile malaysia kalah dan tak mendapat point( still tak tau nak panggil markah atau point atau score atau mata) aku akan menyumpah bergelen-gelen dan memaki hamun.
"wtf tul la"
"woih tak reti main ke"
"pukul tu betul-betul la"
"itu pun boleh miss ke"
demikianlah betapa emo nya aku ketika itu. mak aku yang berada di sisi tidak dapat menenang dan menyabarkan aku lagi.
tapi bile tiba tournament yang ke-3 yang diwakili..ermm sape ek..jap(sambil merenung skrin laptop bagai nak tembus) ha! hafiz hashim ( adik aku yang cakap) menang lawan ngan parkson ke person ke atau parson entah la. aku taknak tau . aku rase cam berbaloi gak la emo aku yang tunjukkan. akhirnya, at last,(sama je meaning die) menang jugak malaysia. sebagai rakyat malaysia yang amatlah jarang berjiwa patriotik( patriotik time sambut hari kemerdekaan tiap-tiap tahun mase kat sekolah je iaitu setahun sekali) berbanggalah jugak walaupun aku tak bermain dan basah lencun mandi peluh atau mandi excess salt. tapi apabila menjelang pukul 1 pagi aku merasakan tekak aku kering-kontang dan suara aku ala-ala mat rock.
aiseyh.. itu la padahnya apabila terlebih dan melebih-lebih emo-ism(words dari kawan aku yang bernama ***)
Wednesday, May 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment