Ya, mesti ade punye. ramai yang mengatakan sekolah amatlah memenatkan. betul, memang penat. sampai ada yang berfikir mahu habis sekolah cepat macam aku la. zaman sekolah ada yang seronok dan tidak kurang juga seperti bullshit dan what the hell.
berikut adalah perkara-perkara bullshit dan crap sepanjang persekolahan aku:
- aku paling benci bangun pagi. tapi aku kena bangun jugak pukul 6 pagi.
alarm aku ialah mak aku dimana aku tidak boleh off kan apabila ia berbunyi tidak seperti jam loceng serta phone aku yang boleh dicampak serta di-silentkan apabila memekak. mak aku tidak akan berhenti berbunyi sehingga aku tesedar dari alam mimpi dan kembali ke dunia realiti.(tetapi setiap pagi aku akan akan terhantuk pintu atau dinding kerana mata aku tertutup kemas..shhiitt!)
- aku paling benci add maths dimana sudah sedia maklum aku tersangat lah lembab serta bengap dalam subjek itu.
dan terima kasih kepada 3 serangkai subjek lagi iaitu physics, biology serta chemistry yang berjaya membuatkan otak serta saraf-saraf neuron aku tergeliat dan terpeliot dalam mengahafal segala jadah teori, formula, periodic table, chemical reaction, cell dan segala macam organisme dimana apabila opah aku tengok akan geleng kepala dan akan pening lalat serta kumbang(saje tambah untuk nampak hebat dan best)
- aku benci menghadiri kelas dimana cikgunya bercakap seolah-olah ko sorang je yang dengar
diwaktu itu sumpah aku akan tersengguk-sengguk. paling kurang pun membuat kuliyah sendiri bersama kawan-kawan seangkatan yang menyampah dengan suara cikgu yang hidup segan mati tak mahu itu.(kalau ikut kan hati aku nak je aku ponteng kelas macam form 4 dulu. tapi mengenangkan masa depan aku yang akan malap dan tiada spotlight nanti terpaksalah aku berkorban menghadiri kelas yang sebegitu rupa.)
- homework mengalahkan bangunan twin tower yang sememangya membuatkan hidup aku tak best, tak hebat dan tak cool
iya.. semua murid tidak akan terlepas dari semua masalah ini. kecualilah anda tidak bersekolah dan di berhentikan sekolah. perkara sebegini membuatkan aku tidak dapat menonton tv (walaupun tiada cerita kegemaran ketika itu). tapi kalau ada 10 homework aku akan buat 2 je. yang lain tu aku akan tiru classmate aku yang skema dan nerd dimana homework adalah chenta couple mereka.
- aku benci bila time exam yang menyebabkan aku jadi nerd dan sumbangseh.
tak tipu wei. dan masa itu muka aku akan ditumbuhi jerawat durga. pada masa itu aku akan berdesis 'wtf!'. dan satu hal lagi apabila dapat result exam yang markahnya macam cibai.
ok.ok salah aku la kalau markah tak gempak.
- dan satu hal lagi aku tidak suka kan form 5 kerana adanya SPM ketika itu.
hidup form 5 aku amat hebat dan fun. Tak..aku TIPU( saje buat caps lock supaya nampak best)hidup form 5 aku penuh menderita dan sengsara.Damn.. itu kerana SPM punya pasal. detik itu memang 110% aku blame kerajaan sepenuh hati, jiwa dan raga.
waktu aku enjoy time skolah diwaktu honeymoon year sedang berlangsung( kalau korang tak paham form 4 la). masa itu hidup aku amatlah COOL habis serta HEBAT. aktiviti wajib aku adalah ponteng kelas. iya!ponteng kelas( menaip sambil senyum bangga).
diwaktu itu buku memang aku tak hiraukan 'ah..lantak la buku'desisku didalam hati..dan akhirnya buku itu berabuk dan kesunyian melayan rajuknya.. betul la buku merajuk sebab 138 kali aku bace tak masuk otak ke.. aku yang bengap?sshhiitt!
tetapi sekarang.. (sambil mendengar lagu move along) sume itu dah berlalu. dan takkan terjadi lagi..' ha! kan dah kata, you gonna missed it ' erk..siape yang berkata-kata itu?
tak..
tak..
tipu je tu..
aku rindu zaman jahiliah aku la.. crap!!
No comments:
Post a Comment