Saturday, October 29, 2011

Kata-kata lembut

Hye



Kata-kata lembut tak pernah wujud antara hubungan kami adik-beradik. Kata-kata diantara kami selalunya kasar. Maksud kasar itu cara percakapan yang kasar ia BUKAN kata-kata yang kasar dimana kami akan mencarut yang ini kalau adik-adik aku mencarut aku akan bagi pelempang secara percuma kepada mereka dan begitulah sebaliknya.

Sebagai contoh
"Alang!!!!! bagi balik headphone akak!!!!" jeritan dengan nada oktaf 6.
"Sabarlah!! orang nak guna ni!" oktaf die rendah sikit lebih kurang oktaf 4 sebab aku kakak kan sebab tu die jerit rendah sikit dari aku.
"ah, takde,takde.. bak sini" aku balas
" Nah, amik ah kedekut!"

Dan gaya percakapan kami adik-beradik selalunya dalam gaya mahu bergaduh sampai mak aku hari-hari geleng kepala sampai lenguh kepala die sebab asyik geleng kepala..erk.

Pada suatu hari aku try bercakap dengan nada lembut. Kau tau depa cakap ape?
" Wei along, cakap macam biasa bleh tak. Geli tau tak geli".
Apakah maksud depa macam biasa tu bercakap secara kasar?
Ok.. aku takde hal. Follow the flow.. hahahaha

Bye


Wednesday, October 26, 2011

Please read my heart..

Hey hye..


I just want to tell you that i like you.
Ok, i'm fall in love with you. That's it!

Bye.

Saturday, October 22, 2011

MAKE OVER



oh tajuk diatas bukan pasal aku nak tunjuk cara-cara nak make up.. oh please.. kalau aku ajar make up confirm korang menyumpah seranah aku. Ok, aku nak start bercerita ni.

Pada pagi raya yang indah which is raya tahun ini yang dah lama berlalu yang aku baru nak cerita pada bulan ini dan nampak sangat aku ni ketinggalan, aku dok dalam bilik berhasrat nak menyiapkan diri untuk raya pertama . Hurm.. oh pagi itu aku sangat excited sebab pakai baju baru.
So aku pun mengambil langkah yang seterusnya dalam persiapan diri iaitu make up.

Wei..wei..wei.. aku jarang tau make up. Pergi kelas pun aku pakai bedak powder je. Tapi kalau kelas pukul 12 keatas baru aku pakai bedak compact. HANYA bedak. Oh ok.. berbalik pada hari raya, aku pon duduk la bersimpuh kat atas lantai dengan cermin dihadapan. Sume family lelaki aku ade kat bilik sebab depa pun sedang menyiapkan diri. Sedang aku asyik pakai bedak ayah aku pandang dan menunduk. Oh maybe die pelik tengok anak dara die bermake up.

Tiba-tiba adik aku bersuara "kak, kau pernah tengok badut tak?" Hei budak ni dah mula dah.. die dah mula dah.. " tak" jawab aku pendek.

"ala, kau tak payah nak make up tebal-tebal sangat la. Lelaki bukan suke pun perempuan make up tebal-tebal. Natural beauty sudah. Kau make up lawa-lawa pun nanti bakal suami kau tengok jugak muka bangun tido kau tu" Huh.. ayat macam mintak penumbuk je adik aku ni.

aku bukak mulut dengan niat nak membidas balik. Tapi aku kelu. Akhirnya aku hanya mampu berkata "diamla".

Bye.

Monday, October 17, 2011

TUFF KAN DIRI


Jangan beri harapan dan kata-kata manis kerana ianya sangat menyakitkan..


Thursday, October 13, 2011

SENTENCES FOR THIS WEEKS

Kerja itu penat.

Brown sugar dan white sugar mahu dijadikan isu.

Kaki sakit, mata mengantuk, badan letih.

Conclusion: Belajar itu memeningkan, kerja itu memberi kepenatan. Rasa macam nak dok umah makan-tido, tapi bila buat begitu rasa macam bukan manusia.

Bye.

Monday, October 10, 2011

KERJA

oh..oh..
Esok aku da start kerja..
So takde istilah relax-tido-makan-on9-tengok tv.
Aku nervous skang ni.
Tak pernah kerja an, so aku tak tau ape nak buat.
Hope sume esok ok berjalan dengan lancar..

Sebenarnya aku nak cari kerja ngan kawan aku liana. Yelah senang boleh pergi dan balik sama-sama.
Hey,hey.. biarlah kita orang nak berkepit. Liana dah pernah kerja. So kalau de pape die boleh guide aku
and aku pon tak kekok. Tapi malangnye sume kedai yang kitaorang pergi nak pakai sorang je. Oh sangat frust :(
So akhirnya kitaorang da decide aku kerja kat kafe and liana kerja kat sport shop and yang untungnya kedai kitaorang sebelah-sebelah je.
Liana esok kita GAMBATE! tau.

Wish me all the best everyone

p/s: aku takde mood sebab risau nak start something new.

Bye.

Saturday, October 8, 2011

SEMAK


gambar ade kaitan



Hari ni aku rajin sangat.
Sampai 2 kali aku update entri untuk hari ni.
Bukan sampai banyak sangat masa sampai tak tau nak buat ape
tapi nak melahirkan ketidakpuasan hati yang melanda di mata..
iye dimata.. bukan di hati.

Aku pelik macam mana orang boleh update status di FB mereka sampai 15 kali sehari.. well, skang ni baru pukul 8.39.. kang pukul 12 tengah malam dah 2o status dah die buat dalam satu hari. Banyak benar yang nak diutarakan pendapat, ketidakpuashatian, perasaan yang mengelodak.. sikit-sikit nak update..
Ok, aku tau ko banyak sangat idea sampai tak tertahan nak update status kat FB..
ape kate simpan je ok untuk mase yang akan datang..

Bukan ape buat nyemak je kat news feed aku.. nak remove tak sampai hati.. well aku update entri ni pon aku tak kacau pemandangan orang kan.. kalau tak suka sila TEKAN CLOSE TAB, sekian.

Bye.

Friday, October 7, 2011

TEMPORARY FREEDOM




Hei..hei..hei
hari ni aku gumbira sangat..
sebab ape? sebab paper final aku da habis..
yey!!!! tu maknanya TAMAT sudah semester 3 aku.. YES! Ini bermakna cuti semester sudah bermula


Pelbagai dugaan dan ranjau yang telah aku lalui sepanjang sem ini (chewahhhh..)
Semester ni menyebabkan aku menjadi salah seorang penghidap insomnia.
Dengan 8 subjek yang terpaksa dipikul selama 4 bulan.. wadahalll..
tough wei.. tough! ko boleh buat? ok. aku cakap sorang-sorang.
Sementara dok menunggu kedatangan ayah serta bonda untuk membawa aku berangkat pulang ke rumah nun di selangor aku nak saja update blog nih.. Saje nak gedik-gedik nak buat kecoh kat entri aku sendiri..

malam tadi aku tak tido bersengkang mata membaca, memahami, menghafal dan mengingati.
Sekarang aku nak tido.

p/s: serius aku rasa jiwa sedang merdeka (:

Bye.

Monday, October 3, 2011

I Wish..


hahahahaha :D
this is hilarious.. check this out!


best jadi budak kecik berani cakap ape je. Tak payah nak pikir malu segan.
i wish i've guts to say something like that..
yela.. cube ko try cakap kat jejaka idaman ko macam tu tika.. MIMPI LA WEH!!
pandang pon belum tentu ko lepas.. hehehe..


kredit tu bad sebab aku jumpe video ni kat page fb die :-)


bye.

Saturday, October 1, 2011

SENDIRI





Hi,
hari aku tinggal sorang lagi. Roomate pon takde. Friends lagi la takde.
yea.. aku tau gap paper sangat jauh. So dorang happy je dengan hati gumbira tanpa masalah pulang ke rumah. Aku plak dok tercongok kat sini menunggu NEXT!!! paper.. Mak cakap tak payah balik. " alah bukan lame pon lagi seminggu lebih je" iye..itu kata-kata emak.

Takpe.. sabar je lah sementara tu hanya yang boleh dibuat ialah countdown hari untuk pulang.
cheese!!!

Bye.