Sunday, December 4, 2011

MEMANG TAK SEDAR DIRI

Ehem..
semester dah start. Sila sedarkan diri bahawasanya kau dah menerima asignmnent. Wei!! buat kerje takpayah nak dok melangut.

Bye.

Monday, November 14, 2011

THE DAY WHEN MY FACE WAS BLUSHING!

Hye.
Semalam for the 1st time aku keluar date. Ok! gedik.
The most regret things aku tak tangkap gambar kitaorang when lepaking.

P/s: wish to turn back the time and take the picture.


Bye



Saturday, October 29, 2011

Kata-kata lembut

Hye



Kata-kata lembut tak pernah wujud antara hubungan kami adik-beradik. Kata-kata diantara kami selalunya kasar. Maksud kasar itu cara percakapan yang kasar ia BUKAN kata-kata yang kasar dimana kami akan mencarut yang ini kalau adik-adik aku mencarut aku akan bagi pelempang secara percuma kepada mereka dan begitulah sebaliknya.

Sebagai contoh
"Alang!!!!! bagi balik headphone akak!!!!" jeritan dengan nada oktaf 6.
"Sabarlah!! orang nak guna ni!" oktaf die rendah sikit lebih kurang oktaf 4 sebab aku kakak kan sebab tu die jerit rendah sikit dari aku.
"ah, takde,takde.. bak sini" aku balas
" Nah, amik ah kedekut!"

Dan gaya percakapan kami adik-beradik selalunya dalam gaya mahu bergaduh sampai mak aku hari-hari geleng kepala sampai lenguh kepala die sebab asyik geleng kepala..erk.

Pada suatu hari aku try bercakap dengan nada lembut. Kau tau depa cakap ape?
" Wei along, cakap macam biasa bleh tak. Geli tau tak geli".
Apakah maksud depa macam biasa tu bercakap secara kasar?
Ok.. aku takde hal. Follow the flow.. hahahaha

Bye


Wednesday, October 26, 2011

Please read my heart..

Hey hye..


I just want to tell you that i like you.
Ok, i'm fall in love with you. That's it!

Bye.

Saturday, October 22, 2011

MAKE OVER



oh tajuk diatas bukan pasal aku nak tunjuk cara-cara nak make up.. oh please.. kalau aku ajar make up confirm korang menyumpah seranah aku. Ok, aku nak start bercerita ni.

Pada pagi raya yang indah which is raya tahun ini yang dah lama berlalu yang aku baru nak cerita pada bulan ini dan nampak sangat aku ni ketinggalan, aku dok dalam bilik berhasrat nak menyiapkan diri untuk raya pertama . Hurm.. oh pagi itu aku sangat excited sebab pakai baju baru.
So aku pun mengambil langkah yang seterusnya dalam persiapan diri iaitu make up.

Wei..wei..wei.. aku jarang tau make up. Pergi kelas pun aku pakai bedak powder je. Tapi kalau kelas pukul 12 keatas baru aku pakai bedak compact. HANYA bedak. Oh ok.. berbalik pada hari raya, aku pon duduk la bersimpuh kat atas lantai dengan cermin dihadapan. Sume family lelaki aku ade kat bilik sebab depa pun sedang menyiapkan diri. Sedang aku asyik pakai bedak ayah aku pandang dan menunduk. Oh maybe die pelik tengok anak dara die bermake up.

Tiba-tiba adik aku bersuara "kak, kau pernah tengok badut tak?" Hei budak ni dah mula dah.. die dah mula dah.. " tak" jawab aku pendek.

"ala, kau tak payah nak make up tebal-tebal sangat la. Lelaki bukan suke pun perempuan make up tebal-tebal. Natural beauty sudah. Kau make up lawa-lawa pun nanti bakal suami kau tengok jugak muka bangun tido kau tu" Huh.. ayat macam mintak penumbuk je adik aku ni.

aku bukak mulut dengan niat nak membidas balik. Tapi aku kelu. Akhirnya aku hanya mampu berkata "diamla".

Bye.

Monday, October 17, 2011

TUFF KAN DIRI


Jangan beri harapan dan kata-kata manis kerana ianya sangat menyakitkan..


Thursday, October 13, 2011

SENTENCES FOR THIS WEEKS

Kerja itu penat.

Brown sugar dan white sugar mahu dijadikan isu.

Kaki sakit, mata mengantuk, badan letih.

Conclusion: Belajar itu memeningkan, kerja itu memberi kepenatan. Rasa macam nak dok umah makan-tido, tapi bila buat begitu rasa macam bukan manusia.

Bye.

Monday, October 10, 2011

KERJA

oh..oh..
Esok aku da start kerja..
So takde istilah relax-tido-makan-on9-tengok tv.
Aku nervous skang ni.
Tak pernah kerja an, so aku tak tau ape nak buat.
Hope sume esok ok berjalan dengan lancar..

Sebenarnya aku nak cari kerja ngan kawan aku liana. Yelah senang boleh pergi dan balik sama-sama.
Hey,hey.. biarlah kita orang nak berkepit. Liana dah pernah kerja. So kalau de pape die boleh guide aku
and aku pon tak kekok. Tapi malangnye sume kedai yang kitaorang pergi nak pakai sorang je. Oh sangat frust :(
So akhirnya kitaorang da decide aku kerja kat kafe and liana kerja kat sport shop and yang untungnya kedai kitaorang sebelah-sebelah je.
Liana esok kita GAMBATE! tau.

Wish me all the best everyone

p/s: aku takde mood sebab risau nak start something new.

Bye.

Saturday, October 8, 2011

SEMAK


gambar ade kaitan



Hari ni aku rajin sangat.
Sampai 2 kali aku update entri untuk hari ni.
Bukan sampai banyak sangat masa sampai tak tau nak buat ape
tapi nak melahirkan ketidakpuasan hati yang melanda di mata..
iye dimata.. bukan di hati.

Aku pelik macam mana orang boleh update status di FB mereka sampai 15 kali sehari.. well, skang ni baru pukul 8.39.. kang pukul 12 tengah malam dah 2o status dah die buat dalam satu hari. Banyak benar yang nak diutarakan pendapat, ketidakpuashatian, perasaan yang mengelodak.. sikit-sikit nak update..
Ok, aku tau ko banyak sangat idea sampai tak tertahan nak update status kat FB..
ape kate simpan je ok untuk mase yang akan datang..

Bukan ape buat nyemak je kat news feed aku.. nak remove tak sampai hati.. well aku update entri ni pon aku tak kacau pemandangan orang kan.. kalau tak suka sila TEKAN CLOSE TAB, sekian.

Bye.

Friday, October 7, 2011

TEMPORARY FREEDOM




Hei..hei..hei
hari ni aku gumbira sangat..
sebab ape? sebab paper final aku da habis..
yey!!!! tu maknanya TAMAT sudah semester 3 aku.. YES! Ini bermakna cuti semester sudah bermula


Pelbagai dugaan dan ranjau yang telah aku lalui sepanjang sem ini (chewahhhh..)
Semester ni menyebabkan aku menjadi salah seorang penghidap insomnia.
Dengan 8 subjek yang terpaksa dipikul selama 4 bulan.. wadahalll..
tough wei.. tough! ko boleh buat? ok. aku cakap sorang-sorang.
Sementara dok menunggu kedatangan ayah serta bonda untuk membawa aku berangkat pulang ke rumah nun di selangor aku nak saja update blog nih.. Saje nak gedik-gedik nak buat kecoh kat entri aku sendiri..

malam tadi aku tak tido bersengkang mata membaca, memahami, menghafal dan mengingati.
Sekarang aku nak tido.

p/s: serius aku rasa jiwa sedang merdeka (:

Bye.

Monday, October 3, 2011

I Wish..


hahahahaha :D
this is hilarious.. check this out!


best jadi budak kecik berani cakap ape je. Tak payah nak pikir malu segan.
i wish i've guts to say something like that..
yela.. cube ko try cakap kat jejaka idaman ko macam tu tika.. MIMPI LA WEH!!
pandang pon belum tentu ko lepas.. hehehe..


kredit tu bad sebab aku jumpe video ni kat page fb die :-)


bye.

Saturday, October 1, 2011

SENDIRI





Hi,
hari aku tinggal sorang lagi. Roomate pon takde. Friends lagi la takde.
yea.. aku tau gap paper sangat jauh. So dorang happy je dengan hati gumbira tanpa masalah pulang ke rumah. Aku plak dok tercongok kat sini menunggu NEXT!!! paper.. Mak cakap tak payah balik. " alah bukan lame pon lagi seminggu lebih je" iye..itu kata-kata emak.

Takpe.. sabar je lah sementara tu hanya yang boleh dibuat ialah countdown hari untuk pulang.
cheese!!!

Bye.

Wednesday, September 28, 2011

ku tunggu kehabisasanmu


Tak sabar ku menunggu engkau tamat
oh 8 Oktober ku tunggu kedatanganmu. Tak sabar aku menanti detik itu.

Tuesday, September 20, 2011

Krisis

oh..oh..
yeah bebeh..
this is me..

First of all, sekarang ni tengah final exam..
saje nak buang mase dok lepak kat depan lappy ni.. aku memang suke update entri gap jauh-jauh..
yela, 2-3 bulan sekali.. kang update 10 kali sehari memang saje nak makan penampo..ngeh ngeh ngeh..

ok..ok..
skang ni my main point is.... "bestfriend"
oh.. topik ini sangat famos dikalangan perempuan..
yela.. perempuan dan bestfriend x dapat dipisahkan..

kalau da namenye bestfriend mestilah rapat giler giler kan..
sume bende dibuat bersame.. sume rahsia kau aku tau.. rahsia aku pon kau tahu..
tapi kan.. bile ko kutuk bestfriend ko EVEN secara bersembunyi pon aku rasa tak bagus.
(memang tak bagus pon). kalau ko betul tak puas hati ngan kawan ko just terus terang je..
no need to insult in blog gurls..

contohnya macam dialog kat bawah ni:

aku: weh aku tak puas hati la ngan ko. Asal ko ade banyak citer korea dari aku ha? banyak plak tu yang aku tak tau..

kawan aku: hek eleh.. kalau ko nak amik je la.. cepat..cepat.. nanti kite tengok citer Snow Virgin bersame.

hah...kan senang kalau cakap macam tu. well, kalau masalah korang tu complicated bincang elok-elok, cakap slow-slow. kalau kawan korang tu tak dapat terima takpelah. Depends la kat kawan korang, yang penting korang dah cakap ape yang korang tak puas yang dah lame berkepuk-kepuk kat sanubari tu daripada update status kat facebook. asal tak puas hati je update status. kalau kawan baik ko tu bace mesti die terasa hati, pastu makin lame die menyampah ngan ko, pastu kang terus die takleh tengok muka ko sebab bila die pandang muka die rase nak lempang laju-laju.. hehehehe.. tu kalau yang da kronik sangat la kan..

ape-ape pon settle masalah baik-baik. kalau tak tahan sangat just move on je la.. tak payah kawan kalau korang rase die tu annoying giler giler giler.

ok. bye!




Wednesday, July 20, 2011

Terdampar dirumah


salam

Minggu ni adalah cuti mid sem, jadi secara tak langsungnye aku WAJIB balik rumah. Ade satu fenomena yang aneh terjadi kat diriku ini iaitu bila aku balik rumah, aku happy, kalau happy mestilah muke berseri-seri tapi sebaliknye pula yang terjadi, muke aku di tumbuhi jerawat yang tumbuh mengganas di bahagian muke especially dahi ku yang dahulunye bersinar.. NAMPAK SANGAT JARANG CERMIN MUKA.



Cik bad tak puas ati dengan jerawat beliau lalu diutarakan di facebook dengan harapan jerawat beliau akan segera ghaib. Sorry dah merapu tak tau nak taip ape dah

Bye

Wednesday, July 13, 2011

Untuk Metamorphosis


Salam
Hari ni aku nak buat entri untuk kawan aku merangkap beshfriend aku selama 7 tahun.
Lame tak?lame tak?
Aku kenal die time aku form 1. Yeah baby form 1. Time baru nak naik seri remaja.. cheewwaahh.
Aku mula-mula nampak die time 1st register class tapi aku ignore die sebab aku tak kenal die. Yelah tak kenal buat ape nak tegur kan.. Bile da masuk kelas aku dan die dapat kelas lain-lain tak la nampak typical sangatkan pasal-beshfriend-forever-jumpa-satu kelas-terus-rapat-dan susah-untuk-dipisahkan. Ramai je yang macam tu especially gurls.. erk?

Kebetulan die ni satu kelas ngan kawan aku. So secara tak langsungnye kiteorang selalu TERlepak same-same. Dulu time form 1 aku tak bape suke sangat ngan die ni sebab die NERD. hahaha.. Pastu naik form 2 aku same kelas plak ngan minah ni. Aku ngan die jadi satu geng. Dalam geng tu ade 5 orang tapi dalam banyak-banyak member aku paling TAK rapat giler punye ngan die. Ade je isu yang remeh-temeh yang dibahaskan macam mesin basuh dan peti ais. Nampak macam bodoh tapi memang bodoh. Iye itu adalah kenyataan.

Naik plak form 3 pada tahun 2007 aku dan member-member lain berpisah kelas. Aku ngan minah ni same-same naik kelas. Yang lagi 3 stay dalam kelas yang same.. Kiteorang masuk kelas 1ST tau. Riak giler lah time tu. Suke ati aku lah kan..hehe.. So disebabkan aku and minah ni orang baru dalam kelas tu kiteorang macam LOSER giler la.. dan disebabkan peristiwa ini aku ngan die terus rapat sampai skanngg..


Tapi hari ni beshfriend aku text aku. Die tengah sedih. Kesian die. Die cakap die tak boleh survive dah kat KMK tu. Bukan pasal die give up tak nak belajar tapi environment yang down kan die.. Aku paham perasaan die. Sebagai seorang beshfriend die aku hanya mampu bagi kata- kata semangat,perangsang,motivasi dan etc..

Weh kawan jangan risau aku sentiasa ade kat sisi kau walau aku kat johor kau kat kedah..ngehhh..ngehh. tahan je lagi setahun. Padehal setahun kan.. Kau ignore je lah orang-orang kat situ pekak kan telinga, butakan mata even ko bukan OKU.
Jangan stress kan pale otak ko tu ngan bende yang useless.

Akhir kata aku sayang ko!!!



ni la orangnyee..muka aku WAJIB disorok kan sebab ade cik pimple



Die punye blog banyak cakap omputih..
sape teror skipping..eh..eh speaking pi la jenguk blog beliau


p/s: lelaki mesti jeles sebab tak dapat cakap aku "sayang ko" kat kawan lelaki dorang sebab nanti dicop gay..

bye.

Monday, July 11, 2011

Saya budak baru belajar


Sebagai seorang student yang berhemah dan bercita-cita nak dapat dean list aku kene siapkan asement dan asement tu kene anta lepas naik cuti mid sem nih..
asement tu ialah HTML.. sebenarnya banyak lagi asement yang kene buat tapi aku fokus kat ni dulu..hehehe

bende nih kene buat banner, ala banner yang macam orang buat blog tu.. bukan banner yang kain rentang tu.. memandangkan sebelum
ni aku tak reti penggunaan photoshop dengan mendalam aku punye banner ya Rabbi.. buruk gilak larh..

ni la menatang banner ni.. buruk bukan main lagi..tapi kitten tu comei okei..


pastu aku merasakan macam hampeh je aku pung soh la senior aku ajar bagaimana mahu membuat banner dengan cemerlang sekali.. Last-last sume senior aku yang buatkan.. aku cume mampu memerhatikannye. step demi step senior aku ajar.. nampak macam senang dan bila buat memang senang pung..




haa.. jadilah banner ke-2 aku.. tapi biase-biase jelah..



Tapi bile aku tengok banner cik nadia nye boleh gerak-gerak terus aku dengki.. hehehe.. aku pung pakse la beliau ajar aku.. dengan stressnye beliau pung ajar lah aku step by step.. hehe akhirnye jadi jugak menatang nih..




tapi die x bley bling-bling larhh..tapi at least jadik gak an..

aku ngantuk baru lepas makan ubat.
bye..

Saturday, July 9, 2011

Seorang yang Berjaya!

yes..yes..yesssss..
hari ni aku berjaya menghabiskan masa yang ada dihujung minggu dengan membuat aktibiti yang sememangnye tak berpaedah dengan mengonline pesbuk, tido, update blog, makan, makan, dan makan, pasang lagu kuat-kuat sambil joget sumbang secara tak sengaja terkantoi dengan cik mieya..heeee..malunyeee..

aku sedar diri bahawasanya aku banyak asement.. Nak buat sebenarnye..siyess nak buat tapi kuasa malas tu lagi besar dari rajin..eh..ehh..tapi hari ni ade satu aktibiti yang yang berpaedah aku buat..iyea SATU iaitu bermain badminton.. berpaedah la tu kan dari dok main angry bird pastu bengang sebab tak dapat lastik menatang hijau tuh.. pastu nak hilang kan stress tido..

Esok hari ahad aku nekad nak buat asement.. betul tak tipu!!

Thursday, July 7, 2011

FAMILY DAY

hey hello there!!
(Wa'alaikummussalam) aku pernah kene perli sedas sebab tegur orang camtu.. tak lain dan tak bukan budak classmate aku sendiri. kejadian itu berlaku ketika aku berada dalam semester 1. Ok lari tajuk..

Actually(bajet tak misspeling padehal grammar berterabur abis) ari ahad yang lepas aku pergi menghadiri family day IMS(ayat skema) IMS stand for Information Management Society. Information Management adalah kos aku amik kat Uitm nih and IMS tu adalah club bagi kos aku. ada paham?? buat-buat la paham. Event tuh start pukul 8 tapi aku gi pukul 10. daftar tanda tangan, balik bilik sambung tido balik. 2nd kedatangan pula akan diambil sebab takut budak-budak balik bilik sambung tido.. kahhkahh.. tibe-tibe rase lawak..

Lepas habis tido melelapkan mata yang sudah semestinya terlebih tido dan mengakibatkan mata jadi bengkak, sembap, dan hilang sinarnya aku pergi membuang masa dengan tawaf satu kolej dimana tempat aku menginap selama 14 minggu dalam satu semester. Aktiviti ini saje aku lakukan semata-mata nak membuang masa daripada membaca buku. enough..enough

tepat pukul 2 aku pung gerak la bersame member-member ku. Sesampai sudah di padang aku ternampak Lancer. Hahaha.. cik Nadia berseri sudah mukanye kerana terlihat lecturer paberet beliau(bajet ade skandal lah tu padehal ko perasan sorang..hahahaha) sori cik Nadia.

Kat family day tuh satu hape aktibiti pon aku tak join. Aku and de gang dok tepi sambil memerhatikan orang dan sekaligus mengurangkan pahala yang sememangnya tak banyak dengan megutuk,mengumpat,megeji orang yang lalu lalang..

Kami bermaustatin dipadang sampai pukul 6.30 petang.. nak dekat pukul 7 gak la..
Kami balik ke bilik masing-masing dengan perasaan yang bercampur-baur. Mesti ade yang pelik dengan bertanyakan "pehal ko pergi family day kalau tak join aktibiti tuh"

OBJEKTIF aku pergi family day nih semata-mata mau mendapatkan cop. Iyea COP. Bagi budak-budak UiTM Segamat COP itu sangat besar nilainya di-mata kami. Kalau nak tau kenapa cop tu bernilai...jeng..jeng..jeng..takyah tau la.


Bye.

Friday, June 24, 2011

Sudah Pening

salam,

disini ada perkhabaran yang ingin di beritahu bahawasanya, html dan macro sangat memeningkan kepala aku. Lecturer ada memberi tugasan which is assignment dan terpaksa menggunakan parihal komputer dan software-software yang tidak aku ketahui bagaimana mahu menggunakannya.

Sir asyraf suruh buat banner tapi aku amat jahil dalam menggunakan photoshop, harap maaf.
aku bukak je photoshop sudah pening melihat pelbagai application didalam menatang tersebut.
jeng..jeng.. akhirnya senior aku gak tolong aku wat banner.. credit kepada beliau yang sudi ajar aku wat banner..(95 % adalah hasil kerja beliau).

kaki ira thanks!!

Apa pun kat dunia takde bende yang senang kan untuk berjaya, macam kata nadia " ko jangan la asyik nangis je.. kuatkan semangat. kalau kite belajar kita akan tahu.." baiklah cik nadia..
tapikan kan kat sekolah dulu cikgu selalu cakap makin banyak kita belajar makin banyak benda yang kita tak tahu sebenarya.

ok bye


Monday, March 21, 2011

i'm terribly dying

Mommy daddy!! i missed you both!! isk..isk( bajet nangis)
oh yeahh!! dah masuk sebulan 2 minggu aku tak balik.
Dalam hati memang meronta-ronta weh nak balik.
nak jumpa mereka, nak jumpa adik-adik (even kalau jumpa kiteorang slalu je gaduh)
Hari ini Birthday adik aku #3. Aku wish kat handphone je. Then hadiah die aku post pakai post laju. hope sampai la kan.

Mase cuti sekolah hari tu adik-adik aku sume balik. Aku call depa tanya khabar bla..bla.. except bongsu sebab die pergi tuisyen. Mak aku cakap kiteorang kalau cakap macam musuh mafia masing-masing.. tehee..
nak wat camne mak. itu sudah sifat semula jadi kan.
bak kata orang dulu-dulu
jauh bau bunga, dekat bau taik.
betul kan?
betul lah tu.

ok. taknak citer panjang-panjang. nanti nangis weh!!

Bye.

Saturday, February 26, 2011

APA KAU RASA?

Oh Hello

Hari ini aku nak tanya satu benda ngan korang.
Ok, macam ni. Apa yang diperlukan bila kita kena buat kerja dalam group?
Kerjasama. ok, betul. Lagi?
Sumbang Idea. ok, betul gak. Lagi?
Komitmen. Betul sangat. Dan lagi?
Fokus, Berbincang, Brainstorming.
Semuanya betul.

But then macam mana kalau ada salah seorang
ahli kumpulan yang ciri-ciri tiada seperti diatas?
How to admonish them without hurting their feeling?
Contohnya:
ada seorang kawan yang tengah bengang ngan bf/gf dia sampai tak da mood ATAU dia asyik bergayut ngan bf/gf dia sampai lupakan assignmnet group ATAU dia asyik cerita pasal bf/gf dia kat group member yang lain time supppose to discuss 'bout the assignmnet.
Hello orang lain pun ada bf/gf tapi tak de lah sampai meng-annoy-kan orang lain.

Tolong kawal diri anda. Perkara-perkara seperti ini akan menyusahkan dan memudaratkan orang lain. Kalau susahkan diri kau sendiri peduli apa aku. Hei please.. concern sikit pasal orang lain. The member group pun ada kerja lain nak buat jugak tau like assignment individu, baca buku, kemas bilik, basuh baju, lipat kain, facebook, update blog, baca gossip kat sini, tido, makan, tido balik. But seriously, siapa je suka ada seorang spoiler dalam group mereka?


Boleh je cakap kat dia:
"weh boleh tak kau fokus kat kerja kita and please lah forget 'bout your bf/gf for a moment?".
Tapi macam mana nak cakap kalau orang tu cepat touching?

Any idea?


Friday, February 25, 2011

SAYA SUKA MEREKA!

Ohh hello,
today i would like to tell ya'll 'bout them who i admire. Wait! RESPECT i think the most suitable word.

They are.. hold on. why i'm talking in english?

ok mereka ialah.. can i call them by name? well mereka lebih tua dari aku. Hah,Gotcha!!


Ada sebab kenapa aku suka diorang ni. Mereka ialah orang melayu (sorry by the way jika 2 orang gadis tersebut mempunyai mixed-blood. But dowh, aku kisah ke? as long as ada darah melayukan) whose speak in English awesomeness!! except for Lutfi 'coz dalam Vlog die cakap melayu loghat utara but still best though. Mereka sangat sempoi orangnya (jika dilihat dalam vlogging dan juga blog mereka sendiri)


Aku suka dengar Anwar cakap omputih sebab..sebab..urm..best and dia cakap lancar.
most of the video dia memang terbaik! anda patut tengok. Info yang aku tau dia amik TESL and rite now dia belajar kat Australia. Ohh.. TESL rupanya. No wonder english superb tak macam aku, grammar macam pop corn berterabur habis.

Oh yeah aku rasa ( atau memang pon) 2 mamat ni adalah kawan yang connected antara satu sama lain.

To Maria Elena seorang gadis berhijab. Yeah, i know dia study kat SMKDU. Ulang taip. SMKDU
which is PRIVATE school for..you know..orang yang.. i think you got my word when i say PRIVATE. But hey SMKDU jiran sekolah aku kot and aku pernah jejak kaki kat situ tau. Lokasi SMKDU terletak di belakang sekolah aku and i proudly say aku sekolah kat SMK Seksyen 4 Kota Damansara and obviously itu adalah sekolah kerajaan. I bet you know my school aite.


Hanis Zalikha. Should i call her kak Hanis or kak Zalikha? Dia adalah senior aku where i'm studying in university rite now. Pernah lah terserempak ngan die few times but dia bukan kenal aku pun and i never dare nak tegur dia secara ramah. Gila! Model kot and dia amat famous dikalangan bloggers dan lain-lain komuniti.

Kalau nak tau 'bout 'em just visit their website.
Itu sahaja yang ingin aku taip kat sini.
Iye aku tau aku hanya manusia biasa yang tak dikenali sesiapa pon.
Tapi dowh kisah apa aku kan janji aku happy ngan assignment aku yang bertimbun..again.

Bye.






Saturday, February 19, 2011

hye birthday girl!!

hari ini aku celebrate birthday aku.
aku berjoli and have fun with my bestie. (walaupada awalnya aku tengah bengang)
seronok lepak and buang masa bersama mereka.

For the first time aku drive kereta since i've got my license and for the first time jugak aku drive kereta kat Uitm. At first first aku ok je bawak kereta but ada lah dua orang kawan aku ni tak tau lah apa masalah dia orang takut sangat aku bawak kereta. Then bila mereka panik aku pun panik and hampir masuk jerat cina tau! That time aku bengang tak yah cakap la tapi mengenangkan mereka sanggup keluar and spend lot of monehh untuk sama-sama celebrated my birthday aku macam 'takpelah' and cuba kawal marah (serious aku marah). Aku pun stop kereta kat tepi and tukar ke sebelah penumpang. Mie (bukan nama sebenar) take over drive kereta. Mie masuk and cakap " stereng kereta dia lari skit la. Patut Tika(bukan nama sebenar) tak leh control".
Ok! that time aku lagi bengang! but aku kena act cool weh.

Then Yana (bukan nama sebenar gak) bagi idea " weh jom karok! aku belanja"
aku pun rasa cool down skit. Hehehe.. thanks Yana.

Oooohhh..yeah!!! We kareoke(betul ke aku eja?) sampai tekak rasa sakit, pedih, haus dan perut pun berbunyi.
Oh,oh bila we nak blah dari tempat kareoke tu mereka nyayi lagu birthday untuk aku.
Time tu aku malu. Hahahahaha!!!!

Sampai masa untuk makan!! We singgah kat secret recipe and order makanan bagi mengalas perut dan totalnya RM 97++. For the next two days we hanya makan roti serta biskut kering bagi meng-cover balik duit yang telah di-spend-kan.

bye


Monday, February 14, 2011

ohhh, hello
hari ni aku bangun agak awal..
ha! tipu! aku nak bangun awal?! bertuah sangat.
heh.. Actually the reason aku bangun awal semata-mata nak hantar assignment to encik lecturer which is assignment video yang aku rase aku sorang yang dungu kat dalam video tersebut. Mau tau sesuatu? hah!! encik lecturer tersebut sangat smart and handsome but too bad suami orang dowh!!

My friend and i terkinja-kinja macam beruk after kiteorang blah dari situ.
oh sorry. Lagi sekali diingatkan dia adalah suami orang.

bye.

Saturday, February 12, 2011

Bila Ingat Balik..

Actually aku pernah suka kat sorang guy ni and that time aku still secondary school.
Well aku tak tau kenapa aku still suka die since form 2 and sampai sekarang, eventhough last time aku jumpe die time aku form 4.

And now i'm 19 and still ade perasaan suka kat that guy. Hah!! sorry kalau ini entry ada nada jiwang dan bunga-bunga. Well i'm a girl with a feeling aite. Walaupun seorang perempuan tu brutal and kasar tapi still die adalah PEREMPUAN. Mark my word please.

Aku tak pernah jumpe mamat yang aku pernah suka tu sampai skang. Heh.. seriously kalau aku jumpe pun sure aku lari tak cukup tanah. Well, bagi aku kalau aku suke kat somebody aku segan nak cakap. Nak tunjuk muka pun.. aisshh.. sorry tak yakin. sound like a fool? i know. But seriuosly i can't help it.

But again, bile aku crush kat orang lain feeling tu kejap je weh and perasaan aku kat mamat tu still takleh vanished. Sekarang ni aku tak tau pe citer die and aku tak pernah plak kan ade courage nak cakap kat guy tu "weh seriously aku suka ko and boleh tak ko kapel ngan aku?".

Sorry aku terlalu ego nak cakap words macam tu.
bye.

Monday, January 17, 2011

kene reject!!



weh hati aku terluka plus kecewa
dalam yang teramat sangat..
ASSIGNMENT aku kene reject!!
pergh!! sadis bunyinye..
lepas balik kelas aku dok termenung atas katil mengenangkan assignment lain yang sudah berkate "hoi cepat la siap kan aku"

pastu ade presentation..
BAGUS!! TERBAIK!!
aku tang-tang nak wat presentation nak bagi speech
tu aku lemah ar skit
memang speechless lah..
itulah waktu-waktu terbaik untuk memalukan diri aku..

oh, oleh sebab aku ni memang PEMALAS nak dok membelai assignment
aku dok pi la membuang mase tonton eh eh tengok video pasal Super Junior.



Kim Hee Chul memang comel..aaww



currently aku fall in love dengan die weh..
ok currently!! yelah hati kan mudah berubah.
lagi aku suke sung ming. die macam bapok la, MACAM bapok ok tapi bukan bapok
jap..jap aku upload gambar die

ha! ni la die..comel kan..



haaaa..jap..jap aku datang sat lagi

assignment aku dah panggil aku tu...
ok bye








Sunday, January 2, 2011

Stop your messing around boy
Better think of your future
Better make some good plans boy
Said every one of my teachers
Look out better play it safe you'll never know what hard times will come your way
We say where we're coming from
We've already seen the worst that life can bring



hah!! teka la lirik lagu ni!!
aku suka tang lirik ni :D

so boys out there puh-lease remember these lyrics coz
girls sekarang sangat- sangat demand..

hahaha.. padan muka!!