Monday, May 31, 2010

adussss..

Pada tengahari yang panas nak mampos ni aku tersangat-sangat bosan.
ade idea tak nak ilang kan bosan aku ni?

takde? kk..takpe

ari tu aku cakap ngan mak aku nak mintak permission tuk kuar

aku: mak along nak kuar nanti outing ngan kawan2 sume b4 masuk uni

mak: ngan sape?

aku: cam biase la mak

mak: bawak angah skali..


'apekedehal lak nak bawak cipan ni?' desis aku kat dalam ati je la. adik aku tersengih cam lahabau..perghh annoying siott..

aku: kene bawak gak ke?

mak: bawak la..sian die dok umah


'tu la overprotective sangat' aku desis lagi dalam ati. kalau aku cakap betul2 kang mau kene sumpah jadi batu. kan sia2 idop nanti.

aku: ye la( bajet anak mithali)

adik aku tersenyum puas akan keakuran aku. 'blah la ko!' aku jerit dalam sanubari aku.

'yes..yes..akhirnya impian aku tercapai gak nak pau duit die' (aku agak adik aku cakap cam tu la dalam ati)




ari tu aku beli baju cam sweater gak la tapi bukan sweater.. and time tu ade sell..
perghh.. tak tahan siott ngan words 'sell' ni.
and aku tak pikir panjang terus je gi melilau kat store F.O.S tuh.

aku nampak baju ala-ala sweater colour krim and aku jatuh ati kat kat baju ala-ala sweater tu.
aku belek baju ala-ala sweater tu and..nice.

tapi! aku seorang pembeli yang bijak( lah sangat) aku survey lu kedai lain. mane la tau ade yang lagi interesting and more cheaper..

round punye round mall tu akhirnye aku berbalik kat F.O.S
aku nekad! nak gak beli baju ala-ala sweater tu. kawan aku kate "beli la.. kang tak tido malam kang ingat menatang ni je"

AKHIRNYA!!aku beli gak

tapi.... aku terbeli saiz S.. badan aku bukan nye papan nak pakai saiz S.

tapi disebabkan aku ni creative, aku pun alter jadikan cardigan.. memang bijak

so moralnye.. kalau ye pun nak sangat beli tengok la sesuai ke tak. the most important is check size lu.


pesanan tuk aku..

Saturday, May 29, 2010

sejak sekian lame

weehhh...
tadi aku gi perpustakaan negara..(batak giler)
memang la, aku dah lame tak gi library
sejak abih high skool..
and lagi sebulan aku aku kene menghadap buku balik


sedihnye..
sejak akhir-akhir ni aku asyik lupe je(aku blum tue, baru 18)
and aku tak sabar nak mula idop baru..
lagi sebulan..LIFE AT CAMPUS WILL BEGIN
siap sedia la ko weh..
mental and phisical

and i hope my new life will be exciting..fun..and challenges..

wwuuhhuu..ko jangan nak start philosophy ko tu..
tak best langsung.

Wednesday, May 19, 2010

its not great yaarrr!!



ok ..kita start macam ni ok..eerrmm..

korang mesti pernahkan rase boring tahap pecah otak kan..
kan..
kan..

sampai rase nak hantuk kepala kat dinding sebab taktau nak buat ape.
betul la tu..

alkisahnye macam ni:

kerja aku dok umah je dari lepas spm sampai la nak pergi register uni. aku memang tak kerja( sebab ayah tak bagi) aku pun bukan jenis kaki rayau nak melilau takde arah tujuan. so masa aku ni memang terlampau banyak sampai rase satu ari tu nk shortcut-kan jadi 12 jam je.
hehe.. memang tak fair-la kan kalau aku mintak mende cam tu sebab bagi orang lain 24/7 tu memang-memang tak cukup.


ada creature yang dikenali sebagai kawan aku wat proposal nak hang out la demi membuang waktu yang terlalu banyak sampai tak tau nak campak kat mane dah. 2 creature dan aku pun keluar konon nak shoping..giler sakan la sorang creature ni shoping. hoi!! ko ni di dunia nyata ke? aku pun takkan la nak tengok je. so without wasting my time, aku pu nak gak shoping( lagi satu creature terpaksa memandang dengan wajah sugul sebab nak SAVE BUDGET!!! )

pigidah!!
amik ko!!balik umah terbungkang atas lantai. sakit pinggang woi!! tiba-tiba lak pale aku rase penin lalat..aku pun memengsankan diri atas katil.

dan seterusnya aku pun demam. dan semestinya itu tak best sangat-sangat. aku selesema,pening,batuk. memang pakej.

mak aku pun buat la gelabah dramatik sebab takut aku kene H1N1. bia betul mak! mak aku pun mula buat kuota sendiri. antaranya:

  • takleh on9 sampai 3 pagi( sebab tak elok untuk cell badan)
  • takleh mandi kul 7 malam keatas lagi dah( kalau dah lebih kul 7 tak yah mandi sampai esok pagi..pergghh..daassaatt.)
  • kene tido b4 12 malam( lol macam kiddoe)
  • dan paling tak cool kene makan UBAT!!
selama 2 ari aku terseksa dek kuarantin mak aku..-___-

p/s: aku tau mak buat sume tu tuk aku sebab mak sayang aku :)

Wednesday, May 12, 2010

skool shitcool

Sesiapa ada tak yang merindui zaman sekolah? kalau mengaku sila angkat tangan. ok, turun tangan

Ya, mesti ade punye. ramai yang mengatakan sekolah amatlah memenatkan. betul, memang penat. sampai ada yang berfikir mahu habis sekolah cepat macam aku la. zaman sekolah ada yang seronok dan tidak kurang juga seperti bullshit dan what the hell.

berikut adalah perkara-perkara bullshit dan crap sepanjang persekolahan aku:
  • aku paling benci bangun pagi. tapi aku kena bangun jugak pukul 6 pagi.

alarm aku ialah mak aku dimana aku tidak boleh off kan apabila ia berbunyi tidak seperti jam loceng serta phone aku yang boleh dicampak serta di-silentkan apabila memekak. mak aku tidak akan berhenti berbunyi sehingga aku tesedar dari alam mimpi dan kembali ke dunia realiti.(tetapi setiap pagi aku akan akan terhantuk pintu atau dinding kerana mata aku tertutup kemas..shhiitt!)

  • aku paling benci add maths dimana sudah sedia maklum aku tersangat lah lembab serta bengap dalam subjek itu.

dan terima kasih kepada 3 serangkai subjek lagi iaitu physics, biology serta chemistry yang berjaya membuatkan otak serta saraf-saraf neuron aku tergeliat dan terpeliot dalam mengahafal segala jadah teori, formula, periodic table, chemical reaction, cell dan segala macam organisme dimana apabila opah aku tengok akan geleng kepala dan akan pening lalat serta kumbang(saje tambah untuk nampak hebat dan best)

  • aku benci menghadiri kelas dimana cikgunya bercakap seolah-olah ko sorang je yang dengar

diwaktu itu sumpah aku akan tersengguk-sengguk. paling kurang pun membuat kuliyah sendiri bersama kawan-kawan seangkatan yang menyampah dengan suara cikgu yang hidup segan mati tak mahu itu.(kalau ikut kan hati aku nak je aku ponteng kelas macam form 4 dulu. tapi mengenangkan masa depan aku yang akan malap dan tiada spotlight nanti terpaksalah aku berkorban menghadiri kelas yang sebegitu rupa.)

  • homework mengalahkan bangunan twin tower yang sememangya membuatkan hidup aku tak best, tak hebat dan tak cool

iya.. semua murid tidak akan terlepas dari semua masalah ini. kecualilah anda tidak bersekolah dan di berhentikan sekolah. perkara sebegini membuatkan aku tidak dapat menonton tv (walaupun tiada cerita kegemaran ketika itu). tapi kalau ada 10 homework aku akan buat 2 je. yang lain tu aku akan tiru classmate aku yang skema dan nerd dimana homework adalah chenta couple mereka.

  • aku benci bila time exam yang menyebabkan aku jadi nerd dan sumbangseh.

tak tipu wei. dan masa itu muka aku akan ditumbuhi jerawat durga. pada masa itu aku akan berdesis 'wtf!'. dan satu hal lagi apabila dapat result exam yang markahnya macam cibai.

ok.ok salah aku la kalau markah tak gempak.

  • dan satu hal lagi aku tidak suka kan form 5 kerana adanya SPM ketika itu.

hidup form 5 aku amat hebat dan fun. Tak..aku TIPU( saje buat caps lock supaya nampak best)hidup form 5 aku penuh menderita dan sengsara.Damn.. itu kerana SPM punya pasal. detik itu memang 110% aku blame kerajaan sepenuh hati, jiwa dan raga.

waktu aku enjoy time skolah diwaktu honeymoon year sedang berlangsung( kalau korang tak paham form 4 la). masa itu hidup aku amatlah COOL habis serta HEBAT. aktiviti wajib aku adalah ponteng kelas. iya!ponteng kelas( menaip sambil senyum bangga).

diwaktu itu buku memang aku tak hiraukan 'ah..lantak la buku'desisku didalam hati..dan akhirnya buku itu berabuk dan kesunyian melayan rajuknya.. betul la buku merajuk sebab 138 kali aku bace tak masuk otak ke.. aku yang bengap?sshhiitt!

tetapi sekarang.. (sambil mendengar lagu move along) sume itu dah berlalu. dan takkan terjadi lagi..' ha! kan dah kata, you gonna missed it ' erk..siape yang berkata-kata itu?

tak..

tak..

tipu je tu..

aku rindu zaman jahiliah aku la.. crap!!

cerita 1


"Ayah tau tak nama ayah dalam ic along ngan angah salah" demikianlah kata-kata aku kepada ayah aku. Ceh, dah 18 tahun hidup baru aku sedar bahawasanya nama ayah aku salah dalam surat beranak serta ic.

Ayah aku yang sedang landing terkejut seraya berkata "macam mane boleh salah?"
eh, manelah aku tau bukan aku yang menguruskan segala jadah itu. ayah aku seperti biasa mahu aku menunjukkan bukti. lalu aku pun tunjukkan la ic aku dan juga anak-anak beliau yang sudah ber-ic.


"itu la die orang kerajaan!"

"itu la die orang kerajaan!!"

"itu la die orang kerajaan!!!"

aku tak mengerti dan tak paham kenapa ayah aku ulang sampai 3 kali serta manaikkan tone serta pitching beliau

ayah aku seterusnya membebel serta mumble dan aku takmo amik port langsung-langsung.

untuk membetulkan jadah haram itu amat-amatlah leceh dan menyusahkan. jadi keputusannya aku fikir 'lantak lah situ'



cerita 2

tadi aku agak frust menongeng-nongang. bukan sebab cinta dan ia tak mungkin berlaku. kalau berlaku itu bermakna itu bukan aku kerana alien dah take over jasad aku. ok, back to the point
aku frustated sebab malaysia asyik kalah dengan denmark 2 tournament berturut-turut.
eventho, aku bukan seorang peminat fanatik badminton dan tak amik tahu langsung-langsung pasal sport itu. tapi yela kan bile dah tengok tu semangat kesukanan itu tiba-tiba merasuk jiwa serta minda aku.

bila markah atau point atau score atau ape-ape la yang dipanggil aku akan menjerit keriangan macam orang histeria serta hilang akal.

tapi bile malaysia kalah dan tak mendapat point( still tak tau nak panggil markah atau point atau score atau mata) aku akan menyumpah bergelen-gelen dan memaki hamun.

"wtf tul la"

"woih tak reti main ke"

"pukul tu betul-betul la"

"itu pun boleh miss ke"


demikianlah betapa emo nya aku ketika itu. mak aku yang berada di sisi tidak dapat menenang dan menyabarkan aku lagi.

tapi bile tiba tournament yang ke-3 yang diwakili..ermm sape ek..jap(sambil merenung skrin laptop bagai nak tembus) ha! hafiz hashim ( adik aku yang cakap) menang lawan ngan parkson ke person ke atau parson entah la. aku taknak tau . aku rase cam berbaloi gak la emo aku yang tunjukkan. akhirnya, at last,(sama je meaning die) menang jugak malaysia. sebagai rakyat malaysia yang amatlah jarang berjiwa patriotik( patriotik time sambut hari kemerdekaan tiap-tiap tahun mase kat sekolah je iaitu setahun sekali) berbanggalah jugak walaupun aku tak bermain dan basah lencun mandi peluh atau mandi excess salt. tapi apabila menjelang pukul 1 pagi aku merasakan tekak aku kering-kontang dan suara aku ala-ala mat rock.

aiseyh.. itu la padahnya apabila terlebih dan melebih-lebih emo-ism(words dari kawan aku yang bernama ***)












Tuesday, May 11, 2010

tak jumpa ke tak tau?

pada suatu ari(bende ni dah lame berlaku dah)..aku dan juga beberape sahabatku ke suatu shopping complex ni.
yela buat apa lagi tgk movie ngan berlepak la. aku serta sahabat-sahabat ku pun mula menapak beberape langkah moving forward..mula-mula aku tak mau pergi shopping complex situ..ya ler aku nak pergi shopping complex yang dekat dan yang agak dah biase la..tapi disebabkan sahabat-sahabat aku ini tersangatlah haprak..komplot tak nak turun bas..terpaksalah aku mengikut jua..mula-mula nak beli tiket. tapi..

aku: wei ***, mane wayang nye? nak beli tiket kat mane?

***: jap aku tak ingat la( sambil berfikir)

aku:ko biar betul takkan itu pun tak ingat?
(aku memang la tak tau sebab dah lama tak datang sini)

***:kita jalan-jalan dulu klu jumpe kite beli la

aku: nak tengok wayang pun tak tentu arah idop..

sahabat-sahabat aku memang muka mengkarung serta biawak yang memang-memang tak dapat dinafikan


selepas beberapa detik dan ketika...

akhirnya! at last! jumpe jugak. setelah kite orang sume merayau cam orang gila tertenang-tenang setiap inci kedai tuk mencari GSC

aku dan juga kawan-kawan aku(tak yah la sebut sahabat)
pi la beli tiket. then kite orang ni pergi la menjamu selera kat food court

lepas habis sume episod lepak kita orang..
haa..apalagi nak balik umah la..

tiba-tiba sahabat aku yg sorang lagi berkata

+++: weh naik bas rapid 88 la..

jap!jap! ape kehal la nak naik bas lain plak ni.. naik la bas metro.. kan senang.

aku: nak tunggu bas tu kat mane?

+++: erm aku tak ingat la. tapi! ari tu aku tunggu bas tu kat belakang(muke sewel)

aku:belakang tu kat mane?

+++:ala... kita jalan-jalan sampai jumpe..

aku pun mengiyakan saje cadangan beliau itu..
dan kite orang pun terjumpe la tempat yang dimaksudkan itu.(aku tak tau la kenape aku ikut je idea kawan aku yang tak berape bernas tu pada fikiran aku la.. maybe sebab time tu hujan and aku kesejukan)

tunggu punye tunggu bas yang dimaksudkan tu selama sejam..tiadalah gerangan bas itu muncul-muncul

aku dan sahabat-sahabat aku yang lain dah mengelisah macam cacing panas(walaupun hujan ketika itu)

aku pun mula menyuarakan idea yang aku fikir terlalu bernas

aku: jom la tunggu kat tempat biase

+++:kejap la.. bas tu tak sampai lagi tuu..

aku: ko bia la betul.. entah-entah bas tu tak wujud agaknye.(nada tak puas hati dan yakin)

+++:ade. ari tu aku naik ngan kakak aku. betul.

*** pulak bersuara

***: tunggu la kejap..tengah rebas lagi ni..

aku dan kawan aku terdiam 'rebas?' aku tak pernah dengar pun ayat tu..aku pun terbatak la sekejap dengan kosakata yang baru aku dengari itu..

tapi kejap je la tak nak la nampak bodoh sangat..aku punya kesabaran tuk menunggu pun dah tamat tempoh lalu aku pun memaksa la mereka-mereka itu itu ikut cadangan aku..
hampeh la korang ni nak cari bas 88 pun tak lepas.

dalam sekelip mate bas yang menjadi pengangkutan setia aku iaitu metro 98 pun sampai..mereka-mereka semua terpaksa akur dengan kebersanan idea aku pada hari itu

sekian wassalam

change into: BAD OR GOOD?

Hurrmm.. pe ek? jap! entah la. Nak berubah ke? berubah ke mane? Nak ubah ape?
aku tgk org kat keliling aku ade gak yang same. Tak berubah pun.. ade gak yg dah lain.
tapi bile tgk org berubah kpd bende yang x best aku rase frust ... ok cnthnye mcm dari yg dulu punye la bertudung beriya2..tgk2 dah x pakai tudung.. mane tudung korg weh taufan bawak lari ke? Yang paling entah ape-ape tu lagi la depan mak bapak punye la cover ala-ala gadis sok suci..
belakang..perrghh..dassaat la lu baju cam jaring ar..Ade la org yg dikenali oleh aku ni. Mak bapak punye la alim..mak pakai jubah itam ayah plak plak dah rupe ustaz berjanggut segala macam..
siap ngan bertaghblik sane sini lagi.. nak sebar kan islam la.. memang x salah pun.. tapi anak mengalahkan mat salih punye anak..ade ke pegi beach pki ala-ala bikini. tau la dok kat tmpt oghang putih.. tapi kite ni orang melayu beragame islam.. bile balik malaysia..eeccyyhh.. slang mat saleh.. cakap melayu pun hampeh.. aku rase nak korek je anak tekak korg tu. Woih..sedar la skit asal usul ttuu..Kejadah la ko cakap omputih berabuk tu buat hape? balik malaysia sume tutup, blk oversea blk sume dedah balik.. hape kes? ye la..iman kan x dapat diwarisi dari seorg ayah yg bertakwa..ni lirik nasyid dari kumpulan mane entah..hehe..serius x ingat..uurrmm..klu nk ckp berubah kpd yg baik ade je..tapi nak tggu tu..mcm tggu durian yg bru nk berbuah la..aku ckp sekadar nk meluahkan rase hati yang tersurat dan tersirat yg dah lame jadi pekasam kat lubuk ati aku..no offence ok..