Saturday, October 22, 2011

MAKE OVER



oh tajuk diatas bukan pasal aku nak tunjuk cara-cara nak make up.. oh please.. kalau aku ajar make up confirm korang menyumpah seranah aku. Ok, aku nak start bercerita ni.

Pada pagi raya yang indah which is raya tahun ini yang dah lama berlalu yang aku baru nak cerita pada bulan ini dan nampak sangat aku ni ketinggalan, aku dok dalam bilik berhasrat nak menyiapkan diri untuk raya pertama . Hurm.. oh pagi itu aku sangat excited sebab pakai baju baru.
So aku pun mengambil langkah yang seterusnya dalam persiapan diri iaitu make up.

Wei..wei..wei.. aku jarang tau make up. Pergi kelas pun aku pakai bedak powder je. Tapi kalau kelas pukul 12 keatas baru aku pakai bedak compact. HANYA bedak. Oh ok.. berbalik pada hari raya, aku pon duduk la bersimpuh kat atas lantai dengan cermin dihadapan. Sume family lelaki aku ade kat bilik sebab depa pun sedang menyiapkan diri. Sedang aku asyik pakai bedak ayah aku pandang dan menunduk. Oh maybe die pelik tengok anak dara die bermake up.

Tiba-tiba adik aku bersuara "kak, kau pernah tengok badut tak?" Hei budak ni dah mula dah.. die dah mula dah.. " tak" jawab aku pendek.

"ala, kau tak payah nak make up tebal-tebal sangat la. Lelaki bukan suke pun perempuan make up tebal-tebal. Natural beauty sudah. Kau make up lawa-lawa pun nanti bakal suami kau tengok jugak muka bangun tido kau tu" Huh.. ayat macam mintak penumbuk je adik aku ni.

aku bukak mulut dengan niat nak membidas balik. Tapi aku kelu. Akhirnya aku hanya mampu berkata "diamla".

Bye.

No comments:

Post a Comment