Saturday, March 2, 2013

TAK MATANG?



Assalamualaikum semua.

Tanggal 2 mac secara rasminya aku jadi warga kolej Jasmine Uitm Puncak Perdana :) wehuu!


credit to google

Pagi tadi aku register kolej and i was excited seing my others friends yang sama register dengan aku. Macam pelik bahasa aku ni -__- ah lantakkan aja. Well actually what i planned tak menjadi macam apa yang aku harapkan like aku dah plan nak duduk rumah sama dengan budak Uitm segamat but then end up jadi lain pulak and the housemate is bad! taraa!

By the way this is not what i want to tell actually, so here's the stories.

When i was lepaking with my friend, Bad and new friends wehuu again aku nampak la 4 orang budak former Uitm segamat aku which is yang memang aku kenal sangat and i crossed the road semata nak tegur dorang and i was like " hai korang!" with the happy-excited-face anddd the reaction dorang macam krik krik krik.



yeah i know i'm worst at painting

Mungkin tak nak menampakkan kejanggalan the first girl tegur " eh kau duduk dengan sape?" and aku jawab "ohh dengan kawan aku kat sana tu" and again krik krik krik. But then the fourth girl tetiba makin mengundur kebelakang dan kebelakang dan menyorok dibelakang third girl and avoid eye contact. duhh what's the matter? taknak cakap? taknak tegur? nak shun aku lagi? i'm okay with it. i'm not the old me.

After that aku pergi kat kawan-kawan aku and act like that shit not gonna affect my life! ever! Masa dalam proses pendaftaran baru yang 1st girl tegur, senyum, lambai. Okey and i'm just replied.

Please i'm done nothing wrong to you guys. Can't you guys be matured enough and start new life with new environmnent and new motivation? Dah degree kot jangan buat perangai macam budak sekolah.

Tapi vice versa kepada kawan-kawan lain bila aku greet dorang, dorang lagi excited kemain. Semangat yang jatuh tetiba naik mendadak dan berkobar. ecehh. haha!

Dan kepada 4 orang ni continue jelah apa yang korang nak buat, i don't mind and don't bother
and again, i okay with it :D peacee!

p/s: Uitm puncak perdana hanya 20 minutes dari rumah aku. Kalau traffic clear lah.


Friday, February 15, 2013

PATAH RETAK BERDERAI

Ya Allah i don't know how say but i'm the stupidest girl that live in this world. I've made a mistake by coupled with the most fucker man.

After a long time baru tau dia playboy. Iye PLAYBOY. i din't expect yang i sendiri akan terkena. Selalu tengok dalam drama je and kawan-kawan but it happened to me. YES TO ME!

Baru dapat tahu yang that man pernah mintak couple with my bestfriend. ahh seriouslahh i terasa manusia paling bodoh yang paling sia-sia hidup kat muka bumi ni.

cuma nak luahkan yang perasaan sekarang ni adalah i TERASA BODOH.


Wednesday, January 9, 2013

PERIUK NASI

Assalamualaikum.

Hari aku kena marah dengan bos. Lagi. Actually kalau kena marah aku tak kisah sebenarnya. Really, i really don't mind if kena marah atau kena tegur. Biasalah human make mistakes. Kalau buat salah tu kenalah terima padahnya kan. But what i'm really can't accept is bos nak pecat orang lain sebab orang lain yang buat salah.

Here's the story goes. Hari ni aku kerja dengan budak part timer. Well, i'm part timer too. There is only two full timer yang kerja dekat shop tu. Which is the manager and akak L. Akak L off today and the manager shift petang. Well as part part timer yang dah berpengalaman kerja disitu i have to take responsibility to work with full dedication and teach the other part timer.

When us, the part timer make mistakes, the bos complain a lot to us which is kiteorang tak promote lah, tak senyum lah, membelakangkan customer lah, buat bagel salah lah bla bla bla and bla bla and air cond bising dan banyak lagiiii.

BUT there is one thing yang bos tu tak patut cakap. Dia cakap nak pecat kak L sebab kiteorang buat salah. WHAT THE FISHH?!! Okey kiteorang admit yang kiteorang buat salah tapi perlu ke sampai orang lain yang tak salah, takde kena mengena yang tengah relaks pada hari off day dia and secara tiba-tiba kena pecat. Ini sangatlah tidak logik. Sangat tidak logik. But then kiteorang, the part timer diam je tak bagitau pon tentang apa yang bos cakap tu pada manager. We are afraid that nanti kak L tu susah hati dan tak suka pulak dengan kiteorang.

What i really hope the bos dapat berfikir dengan cara rasional. Dia boleh je tegur kiteorang tanpa membabitkan orang lain. And kak L merupakan seorang ibu tunggal dengan 2 orang anak. Kalau kak L kena pecat sumpah aku akan rasa bersalah seumur hidup :(

sekian


Tuesday, November 20, 2012

IMPIAN

Assalamualaikum

Aku ada satu impian. Eh salah, bukan satu, tapi banyak sebenarnya. Antara impian tersebut nak dapat ANC dalam diploma tapi sayang impian tinggal impian. Dalam 5 semester sekali je aku pernah dapat dean list *cedihh. Tapi nak buat macam mana. Rezeki takda kan. Positive tetiba. Impian seterusnya nak dapt ANC jugak dalam degree. Jyyeahh! harap impian ini tercapai.

Impian seterusnya aku nak kerja, nak beli kereta by my own and a house. Tapi rumah tu nak beli after kahwin pun boleh :p hehe. Impian lain aku nak further master. InsyaALLAH.

Tapi impian aku dalam masa terdekat ini jeng jeng jeng. Aku nak pakai ini.



For now, i'm collecting the money. Survey dah pon dibuat mostly sume dalam 5k dan keatas -___- have to work hard from now. Survey kat government cakap kene tunggu dalam 3 tahun. Lamenye woihh. Mak aku cakap pakai atas je. Tapi rasa nak pakai atas dan bawah. hehehehe. Doakan agar aku dapat pakai bende ni.

Assalamualaikum



Tuesday, November 13, 2012

HARAP DAN KEJAR

Assalamuailaikum

Tahu tak kalau kita terlalu berharap dan tak kesampaian kita akan kecewa. Kadang-kadang terlalu kecewa and crashed our heart into pieces. Kadang-kadang terlalu parah kekecewaan yang kita alami itu.

Tahu tak kalau kita terlalu mengejar sesuatu atau seseorang dan tak kesampaian kita akan berduka. Dan membuatkan perjalanan hidup kita terhenti kerana duka itu.

Bukan nak suruh berhenti berharap atau mengejar. Cuma jangan terlalu obses dengan berharap atau mengejar. Jika itu rezeki atau jodoh terimalah jika ianya baik. Tapi hiduplah seperti biasa dan jangan terlalu berharap atau mengejar sesuatu yang mustahil. Jangan menjangkakan semuanya baik-baik sahaja sebab hidup ini kan macam roda.

Jika menerima kekecewaan atasi kekecewaan itu bukan dibawa bersama dalam kehidupan kita.
Ingat hidup ini sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu dilalui.

Aku pon taktau apa yang aku cakap. Cuma ingin cakap takpayah berharap sangat sebab kelak diri yang merana.

Assalamualaikum

Sunday, November 11, 2012

THE WORSE FEELING

Assalamualaikum

The worse feeling is i'm feeling noob. Yeah noob. All of them are enjoying themselves eventhough in separates ways. I'm all alone hadap these internet. Alam maya. hehh!

That's it.


Saturday, November 10, 2012

IF THINGS GETTING HARDER YOU SHOULD BE STRONGER

Assalamualaikum

Hari ni sekadar nak mencurahkan apa yang terasa dan terbuku dihati. You know, sometimes kita akan melalui saat-saat sukar macam tak cukup duit, course dan subject yang kita ambil di universiti sangat susah, masalah tempat kerja, dan juga termasuk masalah cinta.

Saat- saat sukar itu nak tak nak kita kena lalui juga walau sekuat mana kita merungut sekuat mana kita menangis. Tapi saat sukar itu juga membuat kita lebih matang dalam berfikir dalam menilai apa yang baik apa yang buruk tak lupa juga memberi pengajaran buat kita.

Then what should you do when you have to face the bitter situation is do your doa, keep calm and face it with positive thinking. Yeah i know that to make it is hard rather than saying. Tapi manusia yang normal pasti akan ada masalah dan ia juga normal.

When you know there is situation that will turn you upside down then you should avoid it or leave it. Macam aku contohnya. Masa semester 4 galak sangat bercinta sampai pointer jatuh. Then masa semester 5 aku break up masa tengah aku hadap critical situation. Then effect die pointer aku tak naik. Before this my pointer was always good and boleh dibanggakan sebab aku tak pernah couple. Then i know the effect of couple is not good to me and make me getting worse.

Alahh apa nak risau tanpa boyfriend perempuan still boleh hidup. Ada jodoh ada lah kalau takda di syurga kan ada :)

Assalamualaikum







Friday, November 9, 2012

SYUKUR

Assalamualaikum

Hari ini result UiTM keluar.
Ehemm. Sorry to say aku tak dapat dean list pun. Tapi its sokayy sebab dah rezeki aku macam tu. Mungkin rezeki aku kat tempat lain. Di lain masa mungkin. 

I just wanna say congratulations to all my friends yang dapat result hebak-hebak belaka dan juga kawan-kawan yang dapat ANC tuh. Time degree mungkin boleh berguru dengan kamu semua :)

Assalamualaikum.

Tuesday, November 6, 2012

CERITA YANG RANDOM

eheem ehemm
Assalamualaikum semua :)

As you know or don't i'm a diploma graduate's yeayy although belum convo. hikhik. Tapi tak boleh happy sangat la sebab final result for the final semester keluar hari jumaat ni.Well tipu lah kalau aku tak harapkan result yang ehemm gempak but kalau rezeki aku takat tu je aku terimalah sebab i've tried my best :)

During my final year ada macam-macam dugaan yang terpaksa ditempuhi. ecehh. haha but it's true. Same as past semester of course assignments, tests, quizzes menimbun and clashed but it's normal lah kan as a student. Aku tak tau la faculty lain but faculty aku memang suka buat benda yang clashed ni. Ada few times yang aku nangis sebab assigment and test yang clashed and  i have to rush to completed my assigments. Tak tidur malam pun a normal thingy aite?

But there is something yang really interrupted my studies that is aku putus cinta. YES, AKU PUTUS CINTA. Memang sakit siakk! nak nak time tengah kena submit assignment and test yang clashed dan menimbun tu. perghh! rasa nak simbah acid kat muka mamat tu. Tak pun nak bunuh dia. Disebabkan aku ni rational lagi so aku let it go. Tapi bukan senang bhai. Nangis dan ingat memori yang pernah tercipta dulu *rolling eyes* 

Seriously cakap jelah kau dah ada orang lain. Takpayah nak cakap " tak layak jadi boyfriend aku" "kita takde jodoh" "bla bla bla" WHAT THE FUCK! Tell the truth and i can accept it. Kalau aku tak boleh terima pon at least aku takkan benci kau sebab kau curang and menipu and tinggalkan aku selama 3 WEEKS tanpa khabar. Aku ingatkan kau dah mati ke apa ke. aishh. Well i'm suffered enough because you are my first love, first couple and first men that i missed a lot. To forget you is almost impossible. satisfied? Tapi i'm not that stupid yang nak destroy my future semata-mata sebab lelaki yang curang. Dengan semangat yang cekal dan balik kepada realiti dimana aku datang johor adalah untuk belajar. YES, BELAJAR. Then i wake up and move on. Bukan senang tapi  hati kena kuatkan. That's it and i made it! takde pon nak bunuh diri ke terjun bangunan ke. 

Now i'm a happy girl with family and friends besides me. Buzy with work and gaining money. hihihi. Hidup sebenarnya bukan takat kau cintakan boyfriend kau je. Nak sedih-sedih nak touching kalau dia tak call kau tak text kau so whatever. Live your life that is what most important. Sometimes aku pelik dengan orang yang lebih utamakan boyfriend dari family sendiri. Dia anggap boyfriend dia tu everything. Wei, sebelum kau couple kau boleh hidupkan. Makan pakai mak bapak kau yang bagi. Hah kan dah masuk mood emo ni -_-

Maaf kalau ada yang terasa aku just nak meluahkan apa terbuku kat kepala otak aku ni je. Aku rasa cukup kot aku membebel. Heh blog ni pun dah setengah tahun tak update. Kalau umur panjang aku update lagi *sebenarnya kalau rajin.

so longgg. Assalamualaikum :)

Bye.

Sunday, December 4, 2011

MEMANG TAK SEDAR DIRI

Ehem..
semester dah start. Sila sedarkan diri bahawasanya kau dah menerima asignmnent. Wei!! buat kerje takpayah nak dok melangut.

Bye.

Monday, November 14, 2011

THE DAY WHEN MY FACE WAS BLUSHING!

Hye.
Semalam for the 1st time aku keluar date. Ok! gedik.
The most regret things aku tak tangkap gambar kitaorang when lepaking.

P/s: wish to turn back the time and take the picture.


Bye



Saturday, October 29, 2011

Kata-kata lembut

Hye



Kata-kata lembut tak pernah wujud antara hubungan kami adik-beradik. Kata-kata diantara kami selalunya kasar. Maksud kasar itu cara percakapan yang kasar ia BUKAN kata-kata yang kasar dimana kami akan mencarut yang ini kalau adik-adik aku mencarut aku akan bagi pelempang secara percuma kepada mereka dan begitulah sebaliknya.

Sebagai contoh
"Alang!!!!! bagi balik headphone akak!!!!" jeritan dengan nada oktaf 6.
"Sabarlah!! orang nak guna ni!" oktaf die rendah sikit lebih kurang oktaf 4 sebab aku kakak kan sebab tu die jerit rendah sikit dari aku.
"ah, takde,takde.. bak sini" aku balas
" Nah, amik ah kedekut!"

Dan gaya percakapan kami adik-beradik selalunya dalam gaya mahu bergaduh sampai mak aku hari-hari geleng kepala sampai lenguh kepala die sebab asyik geleng kepala..erk.

Pada suatu hari aku try bercakap dengan nada lembut. Kau tau depa cakap ape?
" Wei along, cakap macam biasa bleh tak. Geli tau tak geli".
Apakah maksud depa macam biasa tu bercakap secara kasar?
Ok.. aku takde hal. Follow the flow.. hahahaha

Bye


Wednesday, October 26, 2011

Please read my heart..

Hey hye..


I just want to tell you that i like you.
Ok, i'm fall in love with you. That's it!

Bye.

Saturday, October 22, 2011

MAKE OVER



oh tajuk diatas bukan pasal aku nak tunjuk cara-cara nak make up.. oh please.. kalau aku ajar make up confirm korang menyumpah seranah aku. Ok, aku nak start bercerita ni.

Pada pagi raya yang indah which is raya tahun ini yang dah lama berlalu yang aku baru nak cerita pada bulan ini dan nampak sangat aku ni ketinggalan, aku dok dalam bilik berhasrat nak menyiapkan diri untuk raya pertama . Hurm.. oh pagi itu aku sangat excited sebab pakai baju baru.
So aku pun mengambil langkah yang seterusnya dalam persiapan diri iaitu make up.

Wei..wei..wei.. aku jarang tau make up. Pergi kelas pun aku pakai bedak powder je. Tapi kalau kelas pukul 12 keatas baru aku pakai bedak compact. HANYA bedak. Oh ok.. berbalik pada hari raya, aku pon duduk la bersimpuh kat atas lantai dengan cermin dihadapan. Sume family lelaki aku ade kat bilik sebab depa pun sedang menyiapkan diri. Sedang aku asyik pakai bedak ayah aku pandang dan menunduk. Oh maybe die pelik tengok anak dara die bermake up.

Tiba-tiba adik aku bersuara "kak, kau pernah tengok badut tak?" Hei budak ni dah mula dah.. die dah mula dah.. " tak" jawab aku pendek.

"ala, kau tak payah nak make up tebal-tebal sangat la. Lelaki bukan suke pun perempuan make up tebal-tebal. Natural beauty sudah. Kau make up lawa-lawa pun nanti bakal suami kau tengok jugak muka bangun tido kau tu" Huh.. ayat macam mintak penumbuk je adik aku ni.

aku bukak mulut dengan niat nak membidas balik. Tapi aku kelu. Akhirnya aku hanya mampu berkata "diamla".

Bye.

Monday, October 17, 2011

TUFF KAN DIRI


Jangan beri harapan dan kata-kata manis kerana ianya sangat menyakitkan..


Thursday, October 13, 2011

SENTENCES FOR THIS WEEKS

Kerja itu penat.

Brown sugar dan white sugar mahu dijadikan isu.

Kaki sakit, mata mengantuk, badan letih.

Conclusion: Belajar itu memeningkan, kerja itu memberi kepenatan. Rasa macam nak dok umah makan-tido, tapi bila buat begitu rasa macam bukan manusia.

Bye.

Monday, October 10, 2011

KERJA

oh..oh..
Esok aku da start kerja..
So takde istilah relax-tido-makan-on9-tengok tv.
Aku nervous skang ni.
Tak pernah kerja an, so aku tak tau ape nak buat.
Hope sume esok ok berjalan dengan lancar..

Sebenarnya aku nak cari kerja ngan kawan aku liana. Yelah senang boleh pergi dan balik sama-sama.
Hey,hey.. biarlah kita orang nak berkepit. Liana dah pernah kerja. So kalau de pape die boleh guide aku
and aku pon tak kekok. Tapi malangnye sume kedai yang kitaorang pergi nak pakai sorang je. Oh sangat frust :(
So akhirnya kitaorang da decide aku kerja kat kafe and liana kerja kat sport shop and yang untungnya kedai kitaorang sebelah-sebelah je.
Liana esok kita GAMBATE! tau.

Wish me all the best everyone

p/s: aku takde mood sebab risau nak start something new.

Bye.

Saturday, October 8, 2011

SEMAK


gambar ade kaitan



Hari ni aku rajin sangat.
Sampai 2 kali aku update entri untuk hari ni.
Bukan sampai banyak sangat masa sampai tak tau nak buat ape
tapi nak melahirkan ketidakpuasan hati yang melanda di mata..
iye dimata.. bukan di hati.

Aku pelik macam mana orang boleh update status di FB mereka sampai 15 kali sehari.. well, skang ni baru pukul 8.39.. kang pukul 12 tengah malam dah 2o status dah die buat dalam satu hari. Banyak benar yang nak diutarakan pendapat, ketidakpuashatian, perasaan yang mengelodak.. sikit-sikit nak update..
Ok, aku tau ko banyak sangat idea sampai tak tertahan nak update status kat FB..
ape kate simpan je ok untuk mase yang akan datang..

Bukan ape buat nyemak je kat news feed aku.. nak remove tak sampai hati.. well aku update entri ni pon aku tak kacau pemandangan orang kan.. kalau tak suka sila TEKAN CLOSE TAB, sekian.

Bye.

Friday, October 7, 2011

TEMPORARY FREEDOM




Hei..hei..hei
hari ni aku gumbira sangat..
sebab ape? sebab paper final aku da habis..
yey!!!! tu maknanya TAMAT sudah semester 3 aku.. YES! Ini bermakna cuti semester sudah bermula


Pelbagai dugaan dan ranjau yang telah aku lalui sepanjang sem ini (chewahhhh..)
Semester ni menyebabkan aku menjadi salah seorang penghidap insomnia.
Dengan 8 subjek yang terpaksa dipikul selama 4 bulan.. wadahalll..
tough wei.. tough! ko boleh buat? ok. aku cakap sorang-sorang.
Sementara dok menunggu kedatangan ayah serta bonda untuk membawa aku berangkat pulang ke rumah nun di selangor aku nak saja update blog nih.. Saje nak gedik-gedik nak buat kecoh kat entri aku sendiri..

malam tadi aku tak tido bersengkang mata membaca, memahami, menghafal dan mengingati.
Sekarang aku nak tido.

p/s: serius aku rasa jiwa sedang merdeka (:

Bye.

Monday, October 3, 2011

I Wish..


hahahahaha :D
this is hilarious.. check this out!


best jadi budak kecik berani cakap ape je. Tak payah nak pikir malu segan.
i wish i've guts to say something like that..
yela.. cube ko try cakap kat jejaka idaman ko macam tu tika.. MIMPI LA WEH!!
pandang pon belum tentu ko lepas.. hehehe..


kredit tu bad sebab aku jumpe video ni kat page fb die :-)


bye.